!!!☢ musfirahmohamed  ツ ©!!!

I never built these walls to keep people out. I built them to see who cares enough to take the time to knock them down.♥

Wednesday, November 30, 2011

bye2 november

kebosanan tahap melampau yang mengalahkan tenok kat zoo tu . eyh2 . sape perasan semenjak dua menjak ni aku suka sebut pasal tenok . haha . something special bout the tenok maybe . jap2 na cari gambar tenok
ok fine dah jumpa . otototototo comey betol sebab dia cartoon . haha  . hakikatnya hanya tuhan yang tahu . haha . serious bosan . maybe ni post terakhir NOVEMBER aku . pukul 12 nanti aku buat post pertama DISEMBER pula erk . haha . membosankan diri dihadapan lappy yang entah bila na meletup . tadi buat mind map sejarah . siap satu bab terus bosan . so sekarang ni baru siap 2 bab . tu pun suka hati aku nak buat bab mana yang sikit . haha . so my last word 

BYE-BYE NOVEMBER
tetibe rase bersalah pulak menippu org yg ta berdosa...hahaha

Tuesday, November 29, 2011

bosan::boring::bosan

assalamualaikum warahmatullah wabarrakatuh . *sorry kalau salah
ala kalau salah pon jawab je lah .
sumpah bosan .
before korang tanya kenapa aku buat post ni biar aku jawab dulu
jawapan yang pertama ::: aku seriously bosan tahap tenok dekat zoo yang tengah tidur malam2 ni
kedua ::: dah ni blog aku , my opened diary *aceceh , suka hati aku lah nak buat apa .
ketiga ::: lantak kat aku lah nak buat apa pon dengan benda ni . *macam sama dengan yang atas jeh
keeempat ::: tolong la nak hilangkan bosan ni
kelima ::: bila la bapak aku nak cuti tak *lagi seminggu kot (masuk dalam sebab ke)
keenam ::: no reason for me to talk anymore
ketujuh ::: aku nak publish dah ni
kelapan ::: sebelum aku merapu lebih lama
kesembilan ::: ops . lupa pulak . otak aku tengah terfikir nak jadi designer tapi hati aku tak nak .*tebiat dah ni
kesepuluh ::: daah . TAMAT LAH SUDAH POST KALI NI

sekian terima kasih =.=" *muka teruja maybe . =D

tebiat malam2 biaselah kan...

fever again

for the second time of the week !!!aku demam lagi . perghhh . dah la tibaII demam malam tu . tekak sakit gila . rasa macam nak letak ais batu banyakII kat tekak =.=" . tapi masalahnya minum air sejuk pon tak dibenarkan ni kan pula nak letak ais dekat tekak . memang dilarang sama sekali . almaklomlah orang jarang demam . bila dah demam rasa macam sakit tenat gila tahap tenuk . tenuk pon tak sakit teruk macam ni . so kalau demam buat apa?? . tidurlah jawabnya . memang kerja aku kelmarin sampai lah semalam tidur je . dah la siang hari tidur . malam hari lagilah tidur . mak aku tak bagi tidur lambat sebab aku still demam lagi and punca aku demam ialah aku suka tidur lambat katanya . so pukul 10 lebih aku dah tidur . serious awal gila . dan terjadilah kisah aku terjaga pukul 4 pagi dan terasa segar semacam . tapi try untuk tidur juga . tunggu kakak aku bangun tidur . tunggu dia pergi sekolah *SPM daa . and then aku pun layan internet yang agak membosankan dipagi hari . sampai pukul 11 dan terasa mengantuk . so take a nap in the morning maybe . bhahaha . pukul 2 baru bangun . tapi aku pelik juga . asal sampai 2 kali demam dalam duration yang singkat pula tu . demam exam ?? woi yang SPM kakak aku bukan aku . homesick ??? aku memang kat rumah la ni . takkan hostelsick kot . memang tak la kan . musim demam maybe . hahaha

bile adek aku na bangun nieyh....aku na cari earphone aku daa....

Saturday, November 26, 2011

psychology

assalamualaikum !!!
nak tanya satu soalan boleh tak??
salah ke kalau minat KUNING @ YELLOW ?
what's the point of judging whats people love?
kuning tu buruk sangat ke ?
or sebab tak ramai orang dalam the whole wide world minat kuning ?
apakah pertikaian akan terjadi bila statement "aku suka kuning" keluar ?
ko tak rasa ke yang kuning tu cerah ?
cikgu aku ada cakap yang kuning tu merangsang minda untuk mengingat
so that's mean kuning tu good for a student to study la kan
salah ke menerima apa yang orang lain minat
janganlah nak pandang pelik bila dia cakap something yang ko tak minat
bukannya semua orang suka benda yang ko minat
consider la sikit
kalau dah semua orang obses benda yang sama dan semua orang ada benda yang sama
tak ke boring pandang benda yang sama
think of it
ko tak rasa kesian ke kalau ada orang sanggup tukar minat sebab ko perlekehkan dia
belajarlah untuk menjadi seorang penerima
dan belajarlah menjadi seorang yang setia
benda yang ko minat tu can make colours in your life
**dah habis psycho orang dah



betol ape aku cakap........

kindergarten

suddenly i miss kindergarten . bhahahahaha . i'm now 16 and still thinking of kindergarten . memang aku dah gila . ok fine . tadika tak payah susahII pakai uniform . suka hati nak pakai baju apa . *tadika aku dulu macam tu . tak payah susahII nak fikir perasaan kawan . kalau marah kat kawan , ayat famous masa tadika "tak nak kawan awak sebab awak jahat" . tak payah nak ambil exam yang complicated . exam masa tadika senstiasa dapat 100 markah semua subjek . masa tadika fikir nak main je . akhir tahun dapat mainan tiapII tahun . tak payah takut kalau tak siap homework sebab paling susah pun homework kene tulis ABC *masa 4 tahun la . masa aku 4 tahun first day aku masuk tadika mama bagi bekal and bekal tu tumpah . tapi aku biar je bawah meja tu sampai cikgu tanya kenapa muka aku nampak macam nak nangis and aku tunjuk la makanan bawah meja tu . masa aku 4 tahun jugak tak silap . kelas muzik . cikgu tengah main piano tibaII aku bersin . maybe sebab lantai banyak habuk . lepas tu banyak hingus aku keluar . cikgu terus pergi ambil tisu *memang dia prepare tisu toilet tu kemana sahaja bila bawa kitorang . and then cikgu pun lap la hingus aku . masa aku 5 tahun aku tak nak masuk kelas sebab cikgu tu muka dia garang . hahahahahahaha . masa 6 tahun rasa sedih sebab nak GRADUATE dari tadika . sebab after tu kene pakai uniform and so on . seriously kindergarten is the sweetest memory ever . even masa tadika digelar BUDAK COMOT . so what . budak tadika semua comot . hahahaha .


memory that never be forgotten

Thursday, November 24, 2011

that night

nothing much to say bout it . 
date : 23/11/2011
 :::
 vanue : rumah Faiznur Asyikin *sorry kalau salah eja
:::
time : 9.00 p.m
:::
guest : candidate UPSR 2007 SKDM
:::
menu : BBQ (chicken &sausage)
bihun goreng
:::
its hard to believe yang aku hampir tak ingat nama kawan sendiri
what happen to me heh
sorry to Haniza yang hampirII aku lupa
maybe rupa ko da berubah
or aku yang memang rabun malam tu
reunion for us yeah
tapi aku pergi sekejap jeah coz mak aku ade assignment nak buat 
plus aku still demam lagi malam tu
tapi memang kelakar
it is for candidate UPSR 2007 yang dah habis PMR 2010
and waiting for SPM 2012
tapi next year macam merancang nak buat lagi je
tp kali ni my mom na sponsor
hurm
rugi sebab tak bawak camera along malam tu
totally lupa bout the cam 
dah la diorang buat tema PINK
memang aku tak pakai la kan
seriously aku tak tau pasal tema tuh
nasib baik tak bagi tau aku
missing the night
dekat aku ade 3 pic je
tu pun tag pic
credit to NurAin Ayuni coz tag pic tu
=D


seriously kek ni comel

from left : norman , haniza , aku , aishah , atikah
p/s:aku takot tgok muka aku sendiri dalam gambar ni sebab macam hantu


with ainaa syahirah
==============
ni je la kot yang ada . haha . nanti kalau aku jumpa lagi aku letak lah . 



kinda like my new atitude now...hahaha

Wednesday, November 23, 2011

fever

finally . baru larat nak buat post . dah dua hari demam plus tak larat nak buat apaII even get up from my bed . online pun sambil terlantar kat atas katil . eyh cop jap . kakak aku enterframe jalan depan aku pakai baju sekolah sambil tersenyum . keseronokan maybe sebab baru habis exam addmaths . ok sambung balik . ni pun sebenarnya tak sihat fully lagi . tapi dah boleh bangun . semalam lagi la . aku keluar jap pergi toilet . bila masuk bilik balik rasa pening semacam . bila nak jalan pergi kati suddenly my head felt dizzy and aku jatuh terlanggar kipas . memang kipas tu jatuh atas aku lah kan . lama juga la aku meniarap atas lantai tu sebab ta mampu nak bangun . demam yang paling disaster bagi aku seumur hidup . tambah pula dekat kerongkong aku bengkak sebab luka . so agak seksa nak menelan even telan air pun rasa macam telan batu . ni kan pula nak telan makanan . memang seksa tahap tenuk . malam semalam dah ok sikit . tak da la seperit selalu . malam tu jugak lah aku pergi klinik buat kali kedua berturut-turut . klinik yang sama . doktor yang sama . ni sebab kulit aku kena alahan . aku tak tahu apa yang aku makan sampai kena alahan sampai macam tu . time tu jugak la abah pergi beli satay . walaupun perit aku tetap telan juga . hurm . sedih betul demam kali ni . aku tak tau jangkit dengan siapa . haha . lantak lah . jangan kena H1N1 sudah lah .
whats the point of waiting anyway.....hidup mesti diteruskan...thats my new principle.. =D

Sunday, November 20, 2011

disaster

pada malam 20.11.2011 ni la pula nak sakit . kepala tibaII rasa berat . tekak memang dah sakit daripada bangun tidur tadi . my nose suddenly runny . badan rasa lemah . seriously pening kepala sekarang . ok fine badan dah makin panas . tadi ada muntah sikit . and now i can fell the heat in myself . padan lah rasa malas nak makan hari ni . dari pagi aku makan sepinggan mee and roti telur pada petang hari . without touching a spoon of rice pon . benci betul kalau jadi macam ni . tapi best jugak sakit ni sebab dah lama tak sakit rasa macam ni . tapi tak larat la kawan . to AMIEZA AZMI sorry sebab tak boleh bagi tau maksud dekat plastic choclairs tu sebab tak boleh lah . wait till i open my heart .


pening pale la weyh...tp na on9 jugak

extreamly mad

jangan nak judgemental sangat boleh tak . dah cara aku cakap macam ni . jangan lah terasa aku marah kat ko . bila aku cakap salah , bila tak bagi respond lagi la marah . nobody's perfect okay . kalau rasa diri tu cepat terasa jangan nak cakap dengan aku . kalau nak cari risiko silakan berbicara dengan aku yang berkemungkinan akan marah kat ko . siapa terasa silakan tempah tiket untuk menjauhkan diri dari aku . kalau tak anda berkemungkinan akan terasa diri anda dimarahi oleh seorang insan yang dilahirkan sebagai MUSFIRAH MOHAMED .


dont judge a book by its cover lah

Saturday, November 19, 2011

never last memories

will be missing the SCHOOL DAYS OF 2011 . hari last pergi sekolah 18 November 2011 . aku balik awal sebab mama dengan abah dah malas nak tunggu aku kat sekolah tu lamaII . so mama pon pergi la minta surat pelepasan dekat PK HEM . pukul 12 tepat aku keluar dari pagar ASRAMA SMK RAJA PEREMPUAN IPOH and left thousands of memories of year 2011 . itu pon aku sempat lari kejap pergi sekolah lepas angkut barang masuk kereta semata-mata nak wish byeII dekat yang masih tertinggal kat sekolah tu . this week je memang banyak memori tercipta . dah la 2 hari berturut-turut nama masuk dalam buku ponteng *ada sebab munasabah okay . dah la hari selasa cermin mata patah . seriously pergi sekolah without my spec is like **** . like a person that don't know where to go . nampak tu memanglah nampak . tapi kabur yang amat . kawan sendiri pun ta cam memang dah kritikal sangat lah tu . ok fine . bila da habis sekolah bagi sesi 2011 maka tamatlah sudah aku digelar pelajar form 4 . and it will be my SPM year next year . suchacreepyscaryhorrible year next year . tadi dapat resul sekali and the result make me never stop to put a smile on my face . it is the best that i gave . it is the side of my happy story of the day . giliran the sad story pula . pagiII aku ddah tahan air mata aku daripada mengalir . PUANHAJARNABIHAHMOHDSALLEH will be transfered to shah alam . tak pernah terfikir aku akan lost someone like her for the second time in my life in RPS . seriously aku nyarisII nak menangis tadi . berjaya tahan and baget tak de apaII yang berlaku padahal dalam hati dah berlagu . and i hate that feelings .

thanks sebab robohkan tembok ego aku BUDAK

Tuesday, November 8, 2011

now or never

once again . buat bende yang aku "JARANG" buat . macam mana nak tidur malam ni . aku pegi minum 1 jug air nescafe . bukannya saja nak minum . TERPAKSA . at first aku nak bancuh 1 cawan je . skali terletak nescafe TERLEBIH . tp letak gula sikit je . memang PAHIT habis lah kan . so pergi la tambah gula . lepas tu air aku terlebih manis pula . sedih betul . takkan aku nak minum juga air yang dah macam kordial tu . so aku pun tuang air tu dalam jug and then tambah ar sampai penuh 1 jug tu . memang kordial pun . sedap pula jadinya . betul ye  . tiada sebarang mitos atau tokok tambah atau seangkatan dengannya . kalau tak percaya tanya adik aku . memandangkan tak da siapa na minum minuman tu malamII ni . so aku la yang berusaha menghabskan air tu dan akhirnya berjaya juga . and the effect is I can't sleep right now . caffien terlebih la katakan . dah la aku memang ada penyakit insomnia . ala yang susah nak tidur malam tu . tapi tidur siang memang laju . spesies burung hantu @ owl kot aku ni . entah la . dan aku paling tak suka bila penyakit tu datang waktu aku tengah bermasalah . memang aku nak naik gila . dan mungkin aku takkan salahkan takdir sebab itu yang tertulis dan terpaksa menerimanya dengan hati yang terbuka . serious malam ni aku pasrah gila . tak pa la . online habis habisan sebab esok nak balik dah . haha .


Apa kene ngene ngn tajok tah....aku sendiri musykil

Sunday, November 6, 2011

persoalan

ok fine..memandangkan malam ni malam 12 zulhijjah . thats means hari ni HARI RAYA AIDILADHA yang pertama . lupa na ucapkan selamat hari raya . tak pa lah . tahun depan aku wish . sebab aku tengah musykil sekarang ni . persoalannya adalah : KENAPA ASAL MUSIM RAYA , SURE ADA BUNYI MERCUN A.K.A ORANG MAIN MERCUN . kenapa waktu lain tak da orang nak main mercun .  ok fine , memang la ada orang yang main waktu lain . tp tak da la sekuat dan sekerap musim raya . satu  soalan yang bermain di fikiran aku sekarang ni . MERCUN HANYA DIJUAL BILA TIBA MUSIM RAYA JE KE ? nak kata ye tak juga sebab waktu lain aku pergi kedai ada je jual mercun . OR musim raya harga mercun naik secara mendadak . sampai sanggun jadikan pekerjaan menjual mercun daripada PART TIME to FULL TIME work . tapi memang aku pelik habis habisan sebab .  ok fine kalau hari raya aidilfitri aku tak kan tanya mana budakII tu dapat mercun sebab sure ada jual kat bazar ramadhan . tu lagi satu hal . bazar ramadhan pada dasarnya ditubuhkan untuk menjual juadah berbuka puasa . tapi sekarang ni semakin lama semakin ramai yang lebih suka jual mercun . gerai yang jual mercun semakin meningkat kat bazar ramadhan . ok fine tutup cerita bout eid fitr . kat mana tadi erk . owh ok . hah ini tak raya haji dan deepavali baruII ni contohnya , sepanjang aku kt rumah tak da pula bazar ramadhan mahupun gerai yang menjual mercun . nampak sangat la diorang simpan mercun tu sejak azali untuk digunakan pada musim raya yang akan datang . apa istimewanya membakar mercun pada musim raya . sama je . mercun tu akan dibakar , meletup dan tiada hasil melainkan ibarat membakar duit yang digunakan untuk membeli mercun . tolong la jawab persoalan ni . so sorry sebab post ni adalah isu sensetif bagi sesiapa peminat mercun . tapi fikirlah mercun tu membahayakan diri .


enjoy reading





sorry kalau terasa

Friday, November 4, 2011

aura PEMBUNUH

muka aku exited sgt ke dlm gambar di atas *soalan mintak penampor . pada hakikatnya memang exited pon . first time in my life nak buat something yang aku ta pernah dan tak pernah terfikir pon dapat buat . perkara tersebut adalah sembelih burung puyuh yang mungkin sangat lah kecil *tade la kecik mane , memang start uztazah bagi tahu pasal praktikal sembelihan nak buat hari khamis aku dah exited semacam . bila dah diri ni mempunyai aura PEMBUNUH yang kejam , bila sembelih tu rasa macam seronok walaupun agak keliru dengan perasaan sendiri . tapi masalahnya waktu hari kejadian aku dapat sembelih 2 ekor je sebab diorang tak nak bagi pisau yang LIMITED EDITION tu kat aku . kerja aku cek urat tu putus ke tak dengan fyfah . serious bosan kene belek tengkuk burung yg penuh dengan darah tuh . tapi best jugak . tapi aku ni kejam sikit . nak tengok apa aku buat kat burung II tu . jap erk


masa ni burung tersebut masih hidup dan masih bernyawa *sure la bernyawa kalau dah still hidup




ni burung first aku sembelih . mungkin cara aku agak kejam tapi ni lah yang paling lemah lembut yang aku try buat *hish nyampah aku  . dan hasilnya jadilah macam ni 

PRECAUTION KEPADA SESIAPA YANG  MEMPUNYAI BELAS KASIHAN TERHADAP BINATANG JANGAN TERUSKAN PEMBACAAN ANDA KERANA IA AKAN MEMBUATKAN ANDA BERASA INGIN MENANGIS








terbesar pula yang last sekali ni . ok fine ni jelah great moment kitorang dengan burungII sekalian . ta sempat pula nak tangkap gambar burung puyung yang dah ready untuk dimakan *terasa diri ni kejam pula  

sape perasan ayat aku skema hari nieyh....sumpah na gelak

Followers